2025-02-21 HaiPress
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,21 Februari- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada Jumaat berikutan pelabur kekal berhati-hati mengenai dasar pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terutamanya mengenai tarif dan geopolitik,kata seorang penganalisis.
Pada pukul 8 pagi,ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar US melemah dalam persekitaran penurunan dalam hasil Perbendaharaan AS dan kejatuhan harga ekuiti disebabkan pelabur menilai pendapatan korporat.
“Laporan pendapatan terkini daripada peruncit utama AS,Walmart,menekankan bahawa ketidaktentuan dalam tingkah laku pengguna,keadaan ekonomi global dan geopolitik dijangka menjejaskan prestasi kewangannya tahun ini,” katanya kepada Bernama hari ini.
Mohd Afzanizam berkata jualan runcit AS jatuh 0.9 peratus bulan ke bulan pada Januari,justeru menimbulkan kebimbangan mengenai ketidaktentuan ekonomi.
Beliau berkata Indeks Dolar US berada pada 106.372 mata berbanding sebelum ini yang melepasi 107.
“Prospek ekonomi yang lebih lemah pada kebiasaannya menimbulkan jangkaan bahawa pelonggaran monetari oleh bank pusat akan berlaku.
“Bagaimanapun,pandangan yang kerap dilontarkan itu bertentangan dengan petunjuk daripada Rizab Persekutuan AS kerana ia tidak tergesa-gesa untuk menurunkan Kadar Dana Persekutuan,” katanya.
Sementara itu,ringgit diniagakan rendah kebanyakannya timggi berbanding beberapa mata wang utama lain.
Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.9435/9619 daripada 2.9454/9490 dan menambah berbanding pound Britain kepada 5.5794/6136 daripada 5.5833/5896,bagaimanapun ia merosot berbanding euro kepada 4.6238/6521 daripada 4.6196/6248.
Ringgit melonjak berbanding mata wang negara ASEAN.
Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.3023/3228 daripada 3.3060/3099 dan turut mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.1232/2146 daripada 13.1459/1685.
Dalam pada itu,mata wang tempatan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 269.5/271.3 daripada 270.9/271.4 dan melonjak berbanding peso Filipina kepada 7.60/7.65 daripada 7.64/7.65 ketika ditutup semalam.- BERNAMA
Ringgit terus meningkat berikutan ketidaktentuan tarif
Niaga hadapan emas terus meningkat susulan jangkaan potongan kadar faedah Fed
Indeks harga seunit besi catat penurunan pada Mei 2025 - DOSM
Sarawak sedia beralih ke pembelajaran digital
HAWANA 2025 buka tirai hari ini
Masjid Putra anjur majlis tahlil buat mangsa kemalangan UPSI di Gerik
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur