2025-02-21 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto Bernama
MANAMA,20 Februari – Malaysia dan Bahrain bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam teknologi kewangan (fintech),dengan perjanjian dijangka dimeterai sebelum Mei ini.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tumpuan dalam sektor fintech dipersetujui kedua-dua negara dan perlu dibangunkan dengan instrumen kewangan yang lebih maju.
“Selama ini,kita hanya menciplak cadangan instrumen daripada bank konvensional. Namun,kita perlu bergerak ke hadapan dengan melakukan penyelidikan teliti,memahami keperluan peraturan Syariah dan Maqasid Syariah,serta memastikan institusi kewangan kita lebih kukuh,” katanya pada sidang media sebelum mengakhiri lawatan rasmi ke Bahrain,hari ini.
Selain itu,perbincangan turut menumpukan kepada bidang pendidikan,yang dianggap sebagai prasyarat penting dalam meningkatkan keupayaan negara dalam sektor fintech.
Lawatan sulung Datuk Seri Anwar ke Bahrain adalah atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain,Salman Hamad Al Khalifa.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur