2025-02-21 IDOPRESS

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,21 Februari- TikTok LIVE Malaysia bersedia membawa semangat kebersamaan dan perayaan kepada pengguna platform media sosial itu melalui kempen terbaharu #BersamaDiRamadanRaya bemula 23 Februari hingga 14 April depan.
TikTok LIVE dalam satu kenyataan memaklumkan inisiatif musim perayaan itu akan berlangsung selama lapan minggu.
Ia akan merubah platfrom tersebut menjadi hab yang meriah dengan reka bentuk baharu,pengalaman penglibatan lebih menarik serta ganjaran eksklusif kepada kedua-dua pencipta kandungan dan penonton.
"Untuk meraikan musim perayaan ini,TikTok LIVE telah ditambah baik dengan reka bentuk baharu bertemakan ‘Ramadan dan Raya’ untuk meningkatkan penglibatan dan mendekatkan lagi dengan komuniti.
"Setiap minggu,platform ini akan memperkenalkan elemen interaktif Ramadan dan raya yang menawarkan pengguna cara baharu untuk turut serta dan berhubung,selain memberi peluang untuk mereka memiliki,memenangi atau membawa pulang barangan eksklusif TikTok LIVE," menurut kenyataan itu.
Tema sepanjang kempen lapan minggu itu ialah Refleksi Pra-Ramadan pada minggu 1,Memasak LIVE (minggu 2),Trivia dan Permainan Ramadan (minggu 2),Dekorasi DIY (minggu 4),Hitungan Detik Ketupat Maya (minggu 5),Pertarungan Pakaian Raya (minggu 6),Rumah Terbuka Raya (minggu 7) dan Refleksi Pasca-Raya (minggu 8).
Sementara itu Pengurus Wilayah TikTok LIVE Xiufan Tamer berkata kempen tahun ini membawa kandungan interaktif ke tahap lebih tinggi dengan tema baharu setiap minggu.
Pengguna berpeluang untuk berkongsi keriangan sempena musim perayaan melalui penceritaan,memasak secara langsung,cabaran kreatif atau peluang hadiah eksklusif.
"Kempen #BersamaDiRamadanRaya dan #SamaSamaLIVE ini akan memastikan ada sesuatu untuk semua orang,selain menjadikan lebih mudah untuk semua rakyat Malaysia menyertai perayaan ini,tidak kira walau di mana mereka berada," kata Xiufan Tamer.
Pelancaran kempen itu akan dimulakan dengan persembahan istimewa TikTok LIVE bersama hos selebriti Farhan Mustapha,Ameerais Azhar,Izzue Islam,Shiha Zikir,dan ramai lagi.
Pengisian yang dirancang itu bakal menghidupkan suasana setiap minggu bertema sekali gus menyemarakkan lagi semangat perayaan sepanjang Ramadan dan Syawal.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur