2025-02-21 IDOPRESS

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,21 Februari- Jumlah penduduk terjejas banjir di Negeri Sembilan dan Pahang kekal 133 masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu setakat pukul 8.00 pagi tadi.
Di Negeri Sembilan,jumlah penduduk terjejas banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga dan kesemuanya ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.
Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jelebu Lt (PA) Mohd Najib Abdul Karim,penduduk terjejas merupakan penduduk Ladang Jelebu,Taman Pekan Baru,Taman Bandar Tinggi dan Kampung Sepri.
"Kesemua penduduk terjajas terdiri daripada 54 dewasa,28 kanak-kanak serta dua bayi lelaki.Banjir telah surut dan dijangka kesemua mangsa boleh pulang ke rumah masing-masing hari ini," kata Mohd Najib.
Sementara itu di Pahang,seramai 49 penduduk terjejas terdiri daripada 12 keluarga masih berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Lanchang,Temerloh.
Bagaimanapun menerusi semakan portal public info banjir,Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mendapati hanya Sungai Pahang di Kuala Krau (F1) Temerloh berada pada paras waspada,namun menunjukkan trend menyusut.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur