2025-02-21 IDOPRESS
FOTO HIASAN
KUCHING,21 Februari- Peruntukan bagi projek yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dijangka mempercepatkan pelaksanaan projek bekalan air luar bandar di Sarawak.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak,Datuk Seri Julaihi Narawi,berkata inisiatif tersebut selaras dengan usaha kerajaan negeri memastikan penduduk luar bandar mendapat akses kepada bekalan air bersih.
“Saya dimaklumkan bahawa terdapat kelulusan baharu bagi tahun 2025,di mana mana-mana projek bernilai RM50 juta dan ke bawah yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan melalui KKDW akan dilaksanakan oleh Sarawak menerusi Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB),” katanya.
Menurut beliau,kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM4.6 bilion bagi projek bekalan air yang melibatkan 407 projek di seluruh Sarawak.
Setakat ini,289 projek atau 71 peratus telah siap sepenuhnya,manakala 79 projek (19.4 peratus) masih dalam peringkat pra-kontrak. Baki projek lain pula sedang dalam pelbagai fasa pelaksanaan.
Mengulas tahap liputan bekalan air di negeri itu,beliau menjelaskan bahawa lebih 90 peratus kawasan bandar telah menerima bekalan air bersih,sementara kawasan luar bandar pula masih berada pada tahap 40 peratus.
“Secara keseluruhannya,liputan bekalan air bersih di Sarawak kini telah mencapai 85 peratus,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Sukan Bekalan Air Sarawak (SBAS) edisi keempat di Kuching,malam tadi.
Dalam pada itu,bagi menaik taraf serta menggantikan paip lama di seluruh negeri,sebanyak 2,740 kilometer paip akan diganti dengan peruntukan berjumlah RM1.1 bilion dalam tempoh lima tahun.
Datuk Seri Julaihi berharap warga kerja bawah kementeriannya akan terus komited dan bekerjasama bagi memastikan semua projek yang telah diluluskan dapat disiapkan segera sebelum 2030.
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding mata wang utama
PropertyGuru perkenal Lencana Verified elak penipuan ejen hartanah
Mohd Na'im ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Azizi Harun
Datuk Nor Yati Ahmad dilantik Profesor Adjung UiTM
PEWARIS platform pelihara seni bina warisan tempatan
Gagal patuhi syarat kemasukan, 26 warga asing dihalang masuk Malaysia
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur