2025-02-21 IDOPRESS

Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,20 Februari – Eksport Malaysia mencatat pertumbuhan kukuh pada Januari 2025,meningkat 0.3% kepada RM122.79 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu.
Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan memaklumkan prestasi eksport yang positif untuk empat bulan berturut-turut itu disokong oleh pertumbuhan sektor utama,khususnya perkilangan dan pertanian.
Sementara itu,import turut meningkat 6.2 peratus kepada RM119.16 bilion,menjadikan jumlah perdagangan negara bagi Januari 2025 bertambah 3.1 peratus kepada RM241.95 bilion.
Lebihan dagangan yang direkodkan berjumlah RM3.63 bilion,menandakan lebihan dagangan ke-57 bulan berturut-turut sejak Mei 2020.
Dari segi pasaran,eksport ke Amerika Syarikat dan Taiwan mencatat pertumbuhan dua digit,didorong peningkatan permintaan terhadap barangan elektrik dan elektronik (E&E),terutamanya peranti semikonduktor dan litar bersepadu elektronik.
MITI serta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan terus komited dalam memacu pertumbuhan eksport negara.
Antara langkah yang diambil termasuk memperkukuh hubungan dengan rakan dagang utama,meneroka pasaran baharu,dan menyediakan sokongan kepada pengeksport Malaysia.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur