2025-02-24 HaiPress

Ketua Perangkawan Malaysia,Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin / Foto DOSM
KUALA LUMPUR,22 Februari – Malaysia komited sebagai Pengerusi Sistem Statistik Komuniti ASEAN Ke-15 (ACSS15) tahun ini dalam menyokong pembangunan mampan ASEAN melalui pengukuhan keupayaan statistik dan kerjasama serantau.
Ketua Perangkawan Malaysia,Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata keupayaan statistik yang kukuh serta kerjasama dalam kalangan negara anggota adalah penting bagi memastikan ASEAN kekal berdaya saing dan responsif terhadap cabaran global.
“Menerusi Rangka Kerja ASEAN-Help-ASEAN,Malaysia komited untuk meningkatkan keupayaan statistik serantau,merapatkan jurang kapasiti,serta memperkukuh tadbir urus data bagi menyokong aspirasi ekonomi,sosial,dan politik ASEAN,” katanya menerusi kenyataan.
Dr. Mohd Uzir berkata demikian bersempena Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perancangan dan Penyelarasan ACSS Ke-29 (SCPC29) yang berlangsung pada 19 hingga 20 Februari 2025 di Kuala Lumpur.
Mesyuarat yang dianjurkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu menghimpunkan wakil daripada Negara Anggota ASEAN (AMS) dan Sekretariat ASEAN bagi membincangkan keutamaan statistik utama serta usaha kolaboratif dalam memperkukuh pembuatan keputusan berasaskan data di seluruh rantau ini.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur