2025-02-24 IDOPRESS

Foto RTM
PETALING JAYA,21 Februari – Universiti Malaya (UM) dan syarikat teknologi Basis Bay menjalin kerjasama strategik bagi menawarkan Sijil Asasi Pusat Data sebagai langkah menyokong permintaan industri pusat data yang semakin berkembang pesat.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UM,Professor Ir Dr Kaharudin Dimyati berkata kolaborasi itu menjadi kunci utama dalam menyediakan program latihan praktikal,kursus teknologi maklumat serta pensijilan yang relevan dengan keperluan industri.
"Saya percaya kerjasama antara universiti dan industri ini akan mewujudkan platform serta peluang besar bagi menubuhkan pengendali pusat data pertama di Malaysia. Memupuk perkongsian strategik dengan industri adalah keutamaan kami," katanya selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UM dan Basis Bay,di sini.
Program tersebut akan menyediakan latihan komprehensif merangkumi pengurusan pusat data,operasi,reka bentuk infrastruktur,keselamatan,kemampanan,serta penggunaan tenaga boleh diperbaharui.
Ia dijangka mula dilaksanakan pada suku kedua tahun ini.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur