2025-02-24 IDOPRESS

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,22 Februari- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan secara berhati-hati dengan kecenderungan menaik minggu depan,menjejaki pergerakan niaga hadapan getah serantau,kata peniaga.
Seorang peniaga berkata sentimen pasaran juga akan dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti prestasi ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),harga minyak mentah dan kebimbangan terhadap bekalan getah akibat musim sejuk dan hujan.
“Pemain pasaran juga akan memantau pengumuman dasar dan tarif dari AS serta penunjuk ekonomi global dan ketegangan geopolitik,termasuk hubungan perdagangan antara AS-China,” tambahnya.
Pakar industri Denis Low menekankan kebimbangan yang semakin meningkat berhubung potensi kekurangan getah disebabkan bermulanya musim sejuk untuk pokok getah.
“Pengeluaran getah boleh berkurangan sebanyak 40 hingga 50 peratus.
"Akibatnya,pasaran dijangka akan stabil dan bergerak mendatar dengan kecenderungan untuk meningkat,terutamanya disebabkan oleh situasi bekalan yang terhad," katanya kepada Bernama.
Sementara itu,Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia berkata pasaran getah pada minggu depan akan dipengaruhi oleh petunjuk ekonomi China,termasuk pembiayaan sektor swasta,serta usaha untuk meningkatkan penggunaan dan memperbaiki taraf hidup.
“Harga minyak juga dijangka meningkat berikutan gangguan bekalan di Rusia dan penurunan inventori minyak mentah AS,yang menunjukkan permintaan kukuh,” tambah persatuan itu.
Pada asas Jumaat ke Jumaat,harga rujukan Lembaga Getah Malaysia untuk Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) kekal tidak berubah pada 921.0 sen sekilogram,manakala susu getah pukal meningkat sembilan sen kepada 696.0 sen sekilogram.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur