2025-02-25 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,24 Februari- Pendirian Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan pembangunan mercu tanda baharu di negara ini memberi manfaat kepada rakyat,mendapat reaksi positif pakar ekonomi negara.
Pengarah Program MBA Putra Business School (PBS),Prof. Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata pendekatan yang fokus kepada keberkesanan sosial dan ekonomi lebih penting daripada sekadar simbolik atau pembaziran sumber.
"Kita tidak mahu apabila mercu tanda ini dibina,ia dibiayai melalui hutang baharu yang akhirnya bukan sahaja akan ditanggung oleh kerajaan,tetapi juga oleh rakyat untuk tahun-tahun akan datang.
"Kebiasaannya,jika kerajaan tidak dapat menampung kos hutang tersebut,mekanisme seperti menaikkan kadar cukai atau memperkenalkan cukai baharu akan dilaksanakan," katanya kepada RTM.
Terdahulu,Perdana Menteri menegaskan bahawa projek pembangunan seharusnya memberi nilai tambah kepada masyarakat termasuk melalui penganjuran aktiviti yang melibatkan golongan memerlukan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur