2025-02-25 HaiPress

Ketua Pengarah ICU JPM,Datuk Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi (tengah) ditemui selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) di Kampung Kuala Mengkuang
BUKIT MERTAJAM,24 Februari- Sebanyak 34 inisiatif pembangunan telah dilaksanakan di Kampung Kuala Mengkuang,Bukit Mertajam.
Ia dilaksanakan menerusi Program Kampung Angkat Madani yang dikendalikan Unit Penyelarasan Pelaksanaan,Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Ketua Pengarahnya,Datuk Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi berkata kesemua inisiatif itu dilaksanakan dengan kerjasama 16 Rakan Strategik Utama (RSU) ICU JPM melibatkan agensi kerajaan,syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan swasta.
"Secara keseluruhannya terdapat 34 projek fizikal dan bukan fizikal. Kita telah laksanakan di kampung ini dan untuk makluman pada tahun lepas,kementerian kerajaan telah meperuntukkan RM2.5 juta kepada setiap Kampung Angkat MADANI.
Jadi,apa yang kita telah buat dengan peruntukan tersebut,kita telah berbincang memberi peluang kepada penduduk kampung dan apa yang kita telah laksanakan,memenuhi hasrat seperti yang dipohon oleh penduduk kampung," kata Datuk Indera Nik Nasarudin kepada pemberita,hari ini.
Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) di Kampung Kuala Mengkuang,di sini.
Pembinaan dewan terbuka,pembaikan Tabika KEMAS,projek kebun komuniti,menaik taraf serta menceriakan kawasan di sepanjang jajaran Sungai Kulim,antara pembangunan yang dilaksanakan menerusi program Kampung Angkat MADANI.
Terdahulu,sebanyak 42 buah kampung di seluruh negara telah dipilih sebagai projek rintisKampung Angkat MADANI melalui Pembentangan Belanjawan yang lalu.
Program bagi merancakkan lagi aktiviti ekonomi di peringkat kampung serta melengkapkan kemudahan asas.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur