2025-02-25 HaiPress

Foto Fail
GEORGE TOWN,24 Februari- Kepengerusian ASEAN 2025 di Pulau Pinang bukan sahaja akan terus melonjakkan keupayaan negeri itu sebagai destinasi pelaburan dan perdagangan.
Malah,keupayaan yang ditonjolkan Pulau Pinang akan memberi pelbagai limpahan,terutamanya sektor pelancongan.
Pensyarah Kanan Ekonomi Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM),Dr. Abdul Rais Abdul Latiff berkata ia akan memberi kesan pengganda yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
"Ia akan membawa pelbagai manfaat antaranya adalah pendapatan tukaran asing kerana mereka akan berbelanja di sini dalam mata wang mereka yang ditukarkan. Itu akan memberikan pulangan dalam negara.
Mereka akan menetap di hotel-hotel kita,menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang kita sediakan. Selain itu,mereka akan membeli makanan dan minuman. Sudah pasti,menikmati budaya suatu tempat tersebut.
Ini semua akan memberi pulangan kepada sektor dalam bentuk sektor pelancongan kerana mereka itu berbelanja. Ini akan mewujudkan kesan pengganda,bagaimana setiap perbelanjaan hasil yang diterima itu akan dimasukkan semula ke dalam ekonomi melalui perbelanjaan yang dilakukan oleh isi rumah dalam negara," kata Dr. Abdul Rais kepada pemberita,hari ini.
Bertempat di Batu Feringghi,Pulau Pinang akan menjadi tuan rumah sesi Pemukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM Retreat) bermula esok hingga Khamis ini,27 Februari.
Setakat ini,lima daripada 16 mesyuarat utama ASEAN 2025 di negeri,telah berjalan lancar sejak 20 Januari lepas.
Kesemua mesyuarat tersebut meliputi pelbagai aspek strategik kerjasama antara negara ASEAN termasuk keselamatan,ekonomi,pelaburan,perdagangan,pendidikan dan belia.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur