2025-02-25 HaiPress

Pengarah JPNT,Ruzaidi Mamat/BERNAMA
HULU TERENGGANU,24 Februari- Jabatan Perikanan Negeri Terengganu (JPNT) memandang serius isu kehadiran dua spesis ikan pendatang iaitu Peacock Bass dan Baung Merang yang dikesan di Sungai Terengganu dan Tasik Telabak di Kampung Durian Telor Besut.
Menurut Pengarahnya Ruzaidi Mamat,meski tiada laporan rasmi diterima pihaknya,ikan spesis terbabit mampu mengurangkan bilangan ikan tempatan bermutu tinggi seperti kelah,temoleh,jelawat,lampan dan seumpamanya.
Tambahnya,penemuan dua spesis ikan pendatang itu diperoleh daripada pemancing setempat di dua lokasi berkenaan.
"Tetapi,keadaan masih tidak apa teruk. Masih lagi terkawal. Jadi,kita menyeru kepada orang ramai sesiapa yang menjumpai spesis ikan ini,agar supaya melaporkan kepada kita untuk tindakan lanjut," kata Ruzaidi kepada pemberita,hari ini.
Ruzaidi ditemui selepas menghadiri Program Penandaan PIT Bagi Ikan Larangan Import iaitu melibatkan dua ekor ikan Arapaima di Zoo Rimba Razia,Kampung Dusun,di sini.
Di Terengganu,hanya tiga individu dan syarikat yang membuat permohonan untuk mendapatkan permit menyimpan ikan-ikan import.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur