2025-02-25 HaiPress

Dzulkefly Ahmad / Foto RTM
BANGI,25 Februari- Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berhubung penggabungan fungsi penguatkuasaan kesihatan awam.
Menterinya,Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata,cadangan tersebut turut meliputi penjajaran jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) dan Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) di bawah KKM.
"Saya juga mengambil maklum cadangan penggabungan fungsi penguatkuasaan kesihatan awam serta penjajaran jawatan PKP dan PPKP seperti yang telah dibincangkan antara CUEPACS dan pihak KKM.
"Saya ingin memberi jaminan bahawa perkara ini sedang diteliti secara mendalam,bukan sekadar untuk memenuhi permintaan,tetapi ia pastinya kita mahu benar-benar dapat memenuhi permintaan ini serta memastikan sistem penguatkuasaan kita lebih berkesan,lestari,mampan dan setanding dengan keperluan semasa," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Perpaduan Penguatkuasa Kesihatan Awam KKM di sini,malam tadi.
Tambah Dzulkefly,kementerian juga akan meneliti semula cadangan Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia pada setiap 26 September dijadikan acara rasmi tahunan KKM.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur