2025-02-25 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,25 Februari- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini dengan percubaan selanjutnya dijangka melepasi di bawah paras RM4.40 berikutan peniaga dan pelabur memantau langkah seterusnya berhubung tarif Amerika Syarikat (AS).
Pada 8.00 pagi,ringgit mengukuh kepada 4.4060/4275 daripada 4.4080/4110 semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penguatkuasaan tarif dilihat menjadi pendekatan bersasar berbanding menyeluruh,yang mungkin diterima oleh pasaran bagi mengekalkan sentimen risiko.
“Bagaimanapun,keadaan pasaran kekal berubah-ubah dan pendirian lebih tegas mengenai tarif oleh AS dapat mewujudkan perubahan dalam sentimen dengan cepat kepada penghindaran risiko,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu,ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9387/9532 daripada 2.9471/9495,mengukuh berbanding pound kepada 5.5591/5862 daripada 5.5704/5742 dan naik berbanding euro kepada 4.6096/6321 daripada 4.6156/6188.
Ringgit turut positif berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2895/3061 daripada 3.2950/2975,naik berbanding baht Thailand kepada 13.1338/2046 daripada 13.1508/1672 semalam.
Mata wang tempatan hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 270.6/272.1 daripada 270.7/271.1 semalam dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.62/7.66 daripada 7.62/7.63 sebelum ini. -BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur