2025-02-26 IDOPRESS

Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,26 Februari - Usaha mengurangkan kemalangan maut melibatkan lori,isu penyakit kerap dituntut dalam insurans perubatan dan trend kematian kanak-kanak di pusat asuhan antara tumpuan utama Dewan Rakyat,hari ini.
Menurut aturan urusan mesyuarat di laman rasmi Parlimen,Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) akan mengemukakan soalan berkaitan tindakan tegas yang diambil Kementerian Pengangkutan dalam usaha mengurangkan kemalangan maut melibatkan kenderaan berat.
Soalan berhubung senarai 10 jenis penyakit paling kerap dituntut dalam insurans perubatan oleh rakyat Malaysia serta perbezaan caj hospital swasta pula akan diajukan oleh Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) kepada Menteri Kewangan.
Pada sesi sama,Tan Kar Hing (PH-Gopeng) akan mengajukan soalan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkenaan perubahan suhu Cameron Highlands dalam tempoh 10 tahun serta statistik jumlah kes kejadian tanah runtuh di kawasan itu.
Persoalan mengenai usaha Kementerian Pendidikan Tinggi meningkatkan kebolehpasaran graduan universiti,terumatanya bagi memperoleh pekerjaan dalam bidang yang relevan dengan kelulusan mereka dijadualkan diajukan P. Prabakaran (PH-Batu).
Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) pula akan mengajukan soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat mengenai trend dan jumlah kes kematian kanak-kanak di pusat asuhan serta pandangan kementerian berhubung insiden bayi empat bulan yang dilaporkan meninggal dunia di sebuah taska,Januari lepas.
Usai sesi berkenaan,Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dijadualkan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) BERNAMA (Pindaan) 2024 dan RUU Majlis Media Malaysia 2024,diikuti RUU Kumpulan Wang Yayasan Tunku Abdul Rahman (Pindaan) 2025 oleh Menteri Perpaduan Negara.-BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur