2025-02-26 IDOPRESS

Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Amirudin Shari / Foto RTM
SHAH ALAM,26 Feb – Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperkenalkan Pelan Strategik Kumpulan (GSB) sempena ulang tahunnya yang ke-30 tahun ini.
Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Amirudin Shari berkata pelan tersebut akan menjadi hala tuju MBI sehingga 2028 bagi memastikan agensi itu terus menerajui ekonomi negeri.
“Ada beberapa strategi yang akan diperkemaskan oleh MBI,antaranya peningkatan pendapatan dan keuntungan,dengan sasaran pendapatan RM8 bilion pada 2026 serta keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM1.2 bilion. Selain itu,strategi penjimatan kos bernilai RM250 juta menjelang 2026 turut dirangka bagi meningkatkan keuntungan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam 30 Tahun Jubli Mutiara di Setia Alam,pada Selasa.
Tambah Amirudin,MBI kini sedang melaksanakan penstrukturan organisasi yang lebih jelas bagi meningkatkan pendapatan melalui anak syarikat.
Dalam perkembangan lain,Amirudin memaklumkan Selangor berjaya mengutip hasil sebanyak RM579 juta setakat Februari tahun ini.
Beliau optimis sasaran kutipan hasil sebanyak RM3 bilion tahun ini mampu dicapai sekiranya semua penjawat awam dan agensi berkaitan bekerjasama.
“Kalau kita ada persefahaman,bertolak ansur,fleksibel dan bekerja sebagai satu pasukan,kita yakin boleh mencapai pencapaian yang membanggakan,” katanya.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur