2025-02-26 IDOPRESS

Foto Hiasan
HANOI,26 Februari – Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan penyertaan Timor-Leste sebagai anggota penuh ASEAN tahun ini.
Beliau menegaskan keanggotaan dalam ASEAN bukan sekadar hak,tetapi satu keistimewaan yang perlu diperoleh melalui perpaduan serta keupayaan menangani cabaran global secara bersama.
“Kami berharap Timor-Leste akan terus memainkan peranan aktif dalam ASEAN dan memperkukuh semangat integrasi serantau,” katanya ketika menyampaikan Ucaptama Forum Masa Depan ASEAN (AFF) 2025 edisi kedua,di sini pada Rabu.
Menurut Anwar,ASEAN komited memastikan tiada negara yang tertinggal,selaras dengan matlamat memperkasakan pembangunan inklusif di rantau ini.
Forum tersebut turut menekankan kepentingan hubungan diplomatik yang kukuh bagi memastikan ASEAN kekal sebagai blok ekonomi yang berdaya saing di peringkat global.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur