2025-02-26 IDOPRESS

Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,26 Februari – Malaysia menegaskan pendirian untuk tidak mengiktiraf sebarang tuntutan China di Laut China Selatan,termasuk Peta Sembilan-Garis,konsep Empat-Sha,atau mana-mana peta China yang meliputi perairan negara.
Timbalan Menteri Luar,Datuk Mohamad Alamin berkata tiada keperluan untuk rundingan diplomatik dengan China mengenai Beting Patinggi Ali kerana kawasan itu jelas berada dalam perairan Malaysia berdasarkan Peta Baru Malaysia 1979.
"Pendekatan kerajaan dilaksanakan melalui mekanisme keseluruhan kerajaan untuk menyelaras tindakan bagi menjamin keselamatan perairan negara.
"Setiap agensi kerajaan memainkan peranan masing-masing bagi memastikan kepentingan negara sentiasa dipertahankan," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Arau,Datuk Seri Dr. Shahidan Kasim di Dewan Rakyat,hari ini.
Menurut Mohamad,kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN),Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terus menjalankan rondaan,pemantauan serta penguatkuasaan bagi mempertahankan kedaulatan negara.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur