2025-02-26 IDOPRESS

Foto RTM
KANGAR,26 Februari – Lebih 2,000 penduduk setempat tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan harian sempena bulan Ramadan dalam Program Jualan Agro MADANI dan Promosi Produk Usahawan Peladang.
Program anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) ini menawarkan harga rahmah kepada pengunjung untuk mendapatkan bekalan makanan,dengan sasaran nilai jualan melebihi RM20,000.
Menurut Pengarah LPP Negeri Perlis,Roshidah Ahmad,program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna,malah turut memperkenalkan produk yang dihasilkan oleh usahawan tempatan di setiap Pertubuhan Peladang Kawasan.
"Program ini menjadi platform kepada usahawan tempatan untuk memperkenalkan produk agro makanan di bawah jenama LPP,di samping memberi peluang kepada pengguna menikmati harga yang jauh lebih murah berbanding pasaran luar," katanya.
Beliau berkata,sepanjang tahun ini,LPP akan melaksanakan 12 siri Program Jualan Agro Madani di seluruh Perlis,melibatkan semua Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dengan penyertaan 300 usahawan.
Beliau memaklumkan perkara itu kepada media dalam Program Jualan Agro Madani dan Promosi Produk Usahawan Peladang Pra Ramadan,yang berlangsung di Perkarangan Ibu Pejabat LPP Negeri Perlis. Program ini melibatkan penyertaan 18 usahawan dari seluruh Perlis.
Antara produk yang ditawarkan pada harga rahmah termasuk daging lembu segar,daging kambing,barangan keperluan harian,produk pertanian seperti buah-buahan dan anak pokok,serta produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur