2025-02-26 IDOPRESS

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
HANOI,26 Februari - Tiada negara ASEAN harus ketinggalan dalam pembangunan serantau.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,hak keistimewaan itu selaras dengan matlamat blok ini untuk membina rantau yang lebih inklusif dan dinamik.
Beliau menekankan kepentingan kesepaduan serantau dalam menangani cabaran global serta memastikan setiap negara anggota menikmati manfaat pembangunan secara saksama.
“Namun,Asia harus sentiasa ingat bahawa kedudukan sebagai pusat (centrality) bukanlah satu hak,tetapi satu keistimewaan yang perlu diperoleh dan dipertahankan dalam konteks perubahan dinamik global.
“Keutamaan kita akan menjadi tidak bermakna jika tiada perpaduan dalam kalangan anggota,terutamanya jika kita membiarkan perbezaan dalaman memecah-belahkan kita,” katanya ketika menyampaikan Ucaptama di Forum Masa Depan ASEAN 2025 di Hanoi pada Rabu.
Beliau turut menekankan bahawa rantau ini tidak boleh terlalu bergantung kepada satu pasaran atau kuasa besar semata-mata,sebaliknya harus memperkukuh hubungan dengan semua negara demi kestabilan jangka panjang.
“Sebab itu saya tegaskan sekali lagi bahawa kita sangat bertuah kerana rantau ini adalah antara yang paling aman di dunia,selain menjadi salah satu ekonomi yang berkembang paling pesat.
“Hubungan erat antara pemimpin,termasuk saya dengan Perdana Menteri Pham Minh Chinh serta rakan-rakan dari Kemboja,Singapura,Indonesia,Filipina,dan Brunei,membolehkan kita berinteraksi secara langsung dan terus memperkukuh kerjasama serantau,” katanya.
Tambahnya,Malaysia,berpandukan kerangka Malaysia MADANI,bersedia untuk bekerjasama dengan negara-negara ASEAN dalam mempercepatkan pelaburan berkualiti tinggi dalam tenaga boleh diperbaharui,pertanian regeneratif,dan infrastruktur hijau.
Forum edisi kedua itu menjadi platform utama bagi membincangkan strategi pembangunan yang mampan,memastikan ASEAN kekal sebagai sebuah blok ekonomi yang progresif dan kompetitif di peringkat antarabangsa.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur