2025-02-26 IDOPRESS

Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin / Foto Bernama
BATU FERRINGHI,26 Februari – Jerman dan Turkiye kini secara rasmi menjadi negara pemerhati kepada Sesi Pemukiman Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) bagi tempoh 2024 hingga 2027.
Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan itu dibuat selepas semua negara anggota ASEAN mencapai persetujuan bersama.
Menurutnya,penyertaan dua negara berkenaan akan memperkukuh ADMM sebagai kerangka keselamatan serantau yang terbuka dan inklusif,selain memberi manfaat melalui kepakaran serta pandangan mereka dalam isu pertahanan dan keselamatan.
"Kita telah bersetuju setelah beberapa tahun permohonan dibuat oleh Jerman dan Turkiye. Tahun ini,semua anggota ASEAN menerima mereka sebagai pemerhati untuk tempoh 2024 hingga 2027.
"Penerimaan dalam ASEAN memerlukan kesepakatan bersama. Tahun-tahun sebelumnya,permohonan ini tidak diterima oleh beberapa negara,maka ia tidak berjaya. Namun,di bawah kepengurusan ASEAN kali ini,semua pihak bersetuju," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena pemukiman ADMM,di sini.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur