2025-02-26 IDOPRESS

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas,Marhaini Yusoff / Foto RTM
SHAH ALAM,26 Februari – Program World #QuranHour berjaya mencapai capaian media sosial sebanyak 7.89 bilion dan melibatkan lebih daripada 10,000 lokasi di Malaysia serta 313 lokasi di luar negara.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas,Marhaini Yusoff,kejayaan program tersebut adalah hasil komitmen luar biasa daripada pihak media seperti RTM,Astro,TV Hijrah,TV9,serta sokongan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan perpustakaan awam yang telah membantu menyebarluaskan acara ini sejak awal.
Memasuki satu dekad penganjurannya tahun ini,World #QuranHour akan menampilkan tema Surah As-Saff.
"Tahun ini,kita akan membawakan Surah As-Saff yang bermaksud barisan. Mesej utama yang ingin disampaikan adalah tentang tasbih,yang menjadi penyelarasan kepada jiwa kita.
"Apabila kita bersama-sama mengagungkan Allah SWT,Insya-Allah kita akan bersatu",katanya.
"Dengan kerjasama media,kita berharap dapat membina kesatuan yang kukuh,bukan sahaja dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa," katanya kepada media semasa Majlis Taklimat Sinergi Media Sempena World #QuranHour 2025.
World #QuranHour tahun ini akan diadakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah,UIAM,pada 25 Mac 2025,dari pukul 12.00 hingga 1.00 tengah hari.
Program ini turut mendapat sokongan penuh daripada Menteri Agama Malaysia dan Indonesia,yang menekankan semangat kesatuan ummah sebagai asas dalam menghadapi cabaran dunia.
Walaupun Surah As-Saff hanya mengandungi 14 ayat,ia diharapkan dapat membentuk jiwa dan pemikiran umat Islam ke arah perancangan yang lebih baik.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur