2025-02-27 HaiPress

Dari kiri Dekan,FSM UPSI,Profesor Madya Dr. Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah; Dekan,FSK UPSI,Profesor Madya Ts. Dr. Nor Kalsum Mohd Isa dan Pensyarah FSM UPSI,Zaid Mat Said memegang sijil dan trofi kemenangan apabila meraih empat Anugerah Diamond sempena Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2024 / Foto UPSI
TANJUNG MALIM,27 Februari – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus mengukuhkan kedudukannya dalam kelestarian alam apabila Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) dan Fakulti Sains dan Matematik (FSM) meraih empat Anugerah Diamond dalam Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2024.
UPSI menerusi kenyataan memaklumkan,anugerah tersebut mengiktiraf usaha berterusan fakulti berkenaan dalam mengurangkan jejak karbon dengan pencapaian pengurangan sehingga 33.45 peratus sejak tahun 2022,menerusi pengurusan sisa lestari dan inisiatif penghijauan kampus.
Naib Canselor UPSI,Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff menyifatkan kejayaan itu sebagai bukti komitmen universiti dalam menyokong agenda pembangunan lestari serta mencapai matlamat kelestarian alam sekitar.
"Kejayaan ini bukan hanya satu pencapaian akademik,tetapi juga contoh bagaimana institusi pendidikan boleh memainkan peranan dalam menangani isu perubahan iklim," katanya.
Majlis penganugerahan telah disempurnakan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,Nik Nazmi Nik Ahmad,yang menyampaikan anugerah kepada Dekan FSM UPSI,Profesor Madya Dr. Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah dan Dekan FSK UPSI,Profesor Madya Ts. Dr. Nor Kalsum Mohd Isa di Damansara.
Dr. Md Amin turut menzahirkan penghargaan kepada pengurusan tertinggi universiti,Sustainable Development Goals (SDG) UPSI,Institut Penyelidikan dan Pengurusan Inovasi (RMIC),Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Harta Benda (JPPHB),serta Jawatankuasa Kerja FSK dan FSM atas komitmen mereka dalam menjayakan inisiatif hijau tersebut.
Beliau turut menegaskan,UPSI akan terus memperkukuh usaha dalam mengadaptasi amalan hijau dan melahirkan pelajar yang lebih peka terhadap isu alam sekitar.
"Sebagai universiti yang mengutamakan kelestarian,kami percaya setiap langkah kecil dalam mengurangkan jejak karbon akan memberi impak besar kepada generasi akan datang.
"Kami berhasrat menjadikan UPSI sebagai universiti contoh dalam bidang kelestarian dan teknologi hijau,di mana amalan mesra alam bukan sahaja diterapkan dalam pembelajaran tetapi juga dalam kehidupan seharian warga universiti," katanya.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur