2025-02-27 HaiPress

Foto Bernama
ROMPIN,26 Februari – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Felcra kini berada di landasan tepat untuk menyokong Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara.
Felcra terus mengorak langkah dalam industri pengeluaran makanan dengan menceburi sektor penghasilan beras,minyak masak,dan terbaharu,ternakan ayam pedaging.
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kompleks ternakan ayam pedaging secara sistem tertutup yang dibangunkan di Tanjung Seratus,di sini bakal menjadi projek perintis untuk memperluas industri ternakan ayam di luar bandar.
“Kompleks ini menghasilkan 1.5 juta ayam pedaging setahun,membantu kestabilan bekalan makanan negara. Felcra juga merancang untuk meneroka bidang ternakan lain seperti lembu dan kambing,selain mengekalkan fokus utama perniagaan mereka,” katanya selepas merasmikan kompleks berkenaan,di sini.
Kompleks yang dibangunkan menerusi peruntukan RM60 juta di bawah Rolling Plan 1,RMK12 itu menggunakan teknologi moden dan amalan penternakan terbaik.
Ia mampu menempatkan 30,000 ekor ayam bagi setiap 10 reban yang dibina,dengan tempoh pembesaran antara 28 hingga 30 hari,lebih cepat berbanding sistem terbuka.
Kompleks ternakan itu bukan sahaja memastikan bekalan makanan lebih stabil dan berpatutan,tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Selain itu,Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut menyambut baik cadangan Felcra untuk menubuhkan Pusat Pemprosesan Minyak Masak di Bidor,menaiktaraf pusat benih padi menggunakan teknologi lestari,serta membina kilang pengampitan beras di Felcra Seberang Perak.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur