2025-02-27 IDOPRESS

Foto RTM
KUALA LUMPUR,27 Februari-Pelaksanaan Caj Kesesakan masih di peringkat kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Dr Zaliha Mustafa berkata kajian berkenaan merangkumi mekanisme pelaksanaan,unjuran penurunan jumlah trafik,serta kadar peningkatan penggunaan pengangkutan awam sekiranya caj ini diperkenalkan.
Menurutnya,beberapa mekanisme pelaksanaan yang digunakan di bandar-bandar antarabangsa turut dipertimbangkan dalam kajian berkenaan.
"Jika caj kesesakan dilaksanakan di Kuala Lumpur,ia dijangka dapat mengurangkan kesesakan sekitar 20%. supaya ia berjaya dilaksanakan,kadar caj kesesakan tidak boleh terlalu rendah,dan hendaklah ditetapkan kepada suatu nilai yang akan menyurutkan",katanya demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Padang Serai,Datuk Azman Nasrudin.
Dewan turut dimaklumkan,Kuala Lumpur mencatatkan purata kenderaan keluar masuk sebanyak 1.5 juta sehari selain jumlah pengguna pengangkutan awam di Kuala Lumpur pada kadar 25 peratus.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur