2025-02-27 IDOPRESS
Ketua Polis Perak,Datuk Noor Hisam Nordin / Foto Bernama
IPOH,27 Februari – Polis Perak mengesahkan menerima dua laporan berhubung isu bangsa,agama dan raja (3R) yang mengaitkan Menteri Besar,Datuk Seri Saarani Mohamad dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di media sosial.
Ketua Polis Perak,Datuk Noor Hisam Nordin berkata,kertas siasatan telah dibuka membabitkan satu komen berbaur fitnah terhadap Datuk Seri Saarani,manakala satu lagi berkaitan teks khutbah yang disediakan oleh JAIPk.
“Dua laporan polis telah diterima,salah satunya daripada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong. Kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan,Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 4 Akta Hasutan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis dan Serah Terima Tugas Tiga Ketua Polis Daerah serta Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Perak di Mes Pegawai Kanan Polis,di sini.
Tambah Noor Hisham,usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.
Semalam,Ketua Pemuda UMNO Perak,Nazirul Jamaluddin,membuat laporan polis terhadap seorang individu dipercayai aktivis sebuah parti politik yang mengeluarkan komen berbaur fitnah.
Laporan sama turut dibuat oleh bekas ADUN Titi Serong,Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim.
Dalam perkembangan lain,Noor Hisam memaklumkan Polis Perak bersiap sedia sekiranya berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada bila-bila masa.
Menurutnya,persediaan melibatkan aspek jumlah keanggotaan serta aset yang diperlukan bagi memastikan PRK berlangsung dengan lancar dan dalam suasana aman.
“Dari segi keselamatan,kita akan memastikan kelancaran pengundian,kawalan lalu lintas dan ketenteraman awam. Semua pasukan keselamatan di daerah Tapah akan digerakkan,dan jika perlu,kita akan mengguna pakai Light Strike Force dari daerah lain untuk memperkukuhkan kawalan,” katanya.
Ringgit terus meningkat berikutan ketidaktentuan tarif
Niaga hadapan emas terus meningkat susulan jangkaan potongan kadar faedah Fed
Indeks harga seunit besi catat penurunan pada Mei 2025 - DOSM
Sarawak sedia beralih ke pembelajaran digital
HAWANA 2025 buka tirai hari ini
Masjid Putra anjur majlis tahlil buat mangsa kemalangan UPSI di Gerik
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur