2025-02-27 IDOPRESS

Lima beranak ditemui rentung selepas rumah mereka di Umbai terbakar pada awal pagi 13 Februari lalu
BUKIT KATIL,27 Februari- Kebakaran yang mengorbankan lima sekeluarga di Kampung Berangan Enam,Umbai,Jasin,baru-baru ini bukan disebabkan masalah pendawaian,sebaliknya akibat kemalangan yang tidak boleh didedahkan buat masa ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Mohd Pisar Aziz berkata pihaknya masih menunggu laporan terperinci daripada pihak kesihatan dan polis bagi melengkapkan siasatan.
"(Siasatan) kita melibatkan tiga agensi utama iaitu bomba,patologi kesihatan dan forensik polis. Setakat ini,kita sudah mempunyai penemuan awal,tetapi perlu membincangkannya bersama bagi memastikan punca sebenar," katanya dalam sidang media selepas Perbarisan Tahunan 2025 JBPM Negeri Melaka di Ibu Pejabat JBPM Bukit Katil di sini hari ini.
Dalam kejadian 13 Februari lalu,lima beranak rentung selepas rumah mereka terbakar pada pukul 1.40 pagi.
Dalam perkembangan lain,JBPM Melaka menerima sebanyak 818 panggilan kecemasan sejak 1 Januari hingga 25 Februari lalu membabitkan kebakaran,penyelamatan dan tugas-tugas khas.
Mohd Pisar berkata kebakaran mencatat jumlah tertinggi dengan 396 panggilan diikuti penyelamatan (387) dan tugas-tugas khas (35).
"Kebanyakan kes kebakaran melibatkan belukar,longgokan kayu,struktur (bangunan),sampah dan kenderaan. Kebakaran sepanjang tempoh ini telah mengakibatkan tujuh kematian,lima kecederaan dan empat mangsa berjaya diselamatkan," katanya.
Bagi panggilan penyelamatan pula,sebanyak tujuh kematian direkodkan,manakala 47 mangsa cedera dan 58 orang berjaya diselamatkan.
Pada tahun 2024,JBPM Melaka merekodkan 5,081 panggilan kecemasan,merangkumi 3,000 panggilan penyelamatan,1,850 kebakaran,130 tugas khas dan empat panggilan palsu.

BERITA BERKAITAN
Lima beranak rentung dalam kebakaran di Umbai
Tragedi kebakaran di Umbai: Identiti lima sekeluarga maut dikenal pasti
Lima sekeluarga rentung di Melaka,jenazah dikebumi dalam satu liang lahad
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur