2025-02-27 IDOPRESS

Datuk Ewon Benedick
KUALA LUMPUR,27 Februari- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menggalakkan usahawan Perusahaan Mikro,Kecil dan Sederhana (PMKS) beralih kepada aspek pendigitalan dan automasi seperti pemasaran secara dalam talian.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata,inisiatif melalui TEKUN Nasional dengan kerjasama TikTok Malaysia dilihat sebagai satu peluang kepada usahawan untuk menceburi bidang digital selain mengurangkan penggajian pekerja.
"SME Corp. Malaysia menyediakan bantuan geran padanan melalui Skim Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan (PKS) (BAP) serta Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) bagi membantu PMKS meningkatkan pengeluaran produk,penjimatan masa dan kos melalui adaptasi pendigitalan,automasi serta teknologi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada Ahli Parlimen Besut Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh berkenaan inisiatif dalam mengurangkan beban kos operasi (PMKS) berikutan kenaikan gaji minimum.
Sepanjang 2024 seramai 212 usahawan telah menerima pembiayaan SME Technology Transformation Fund (STTF) berjumlah RM278 juta dalam menyediakan pembiayaan kepada PMKS untuk mengadaptasi pendigitalan dan automasi operasi perniagaan menggunakan aplikasi Revolusi Industri Keempat (IR4.0).
.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur