2025-02-28 HaiPress

Foto MAIPs
KANGAR,28 Februari - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyumbangkan zakat perniagaannya Bagi Tahun 2023 berjumlah RM1 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Jamek Kampung Binjai,Utan Aji.
Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan menerima mock cek tersebut daripada Pemangku Ketua Pegawai Strategi dan Usaha Niaga TNB,Ir. Dr. Mohamad Fadzil Mohd Siam yang mewakili syarikat GLC berkenaan.
Selain sumbangan zakat perniagaan,TNB turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada Masjid Jamek Kampung Binjai tersebut.
Tuanku Syed Faizuddin Putra manzahirkan ucapan terima kasih kepada TNB dan memaklumkan bahawa meskipun pembayaran zakat itu sudah menjadi rutin,namun ia mempunyai signifikan yang amat besar dalam pembangunan ummah,negeri dan negara.
Baginda turut menzahirkan harapan agar hubungan erat antara TNB dan Perlis terus berkekalan,seterusnya memberi manfaat besar kepada masyarakat negerinya dan terus berperanan sebagai rakan strategik yang setia dalam usaha membangunkan negeri Perlis ke arah kecemerlangan dan daya saing yang lebih tinggi.
Pada majlis sama,MAIPs turut menyalurkan Sumbangan Agihan Zakat bernilai RM105,000 kepada 150 orang penerima yang dipilih dalamkalangan anak kariah Kampung Binjai seramai 75 orang dan 75 lagi dari Kampung Sentua yang disampaikan sendiri oleh Baginda.
Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis,Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda kedua,Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail diiringi Pengurus Besar TNB Negeri Perlis dan Kedah,Wan Ishak Soed dan Ketua Retail TNB Negeri Perlis,Azian Alias.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur