2025-02-28 HaiPress

Datuk Seri Johari Abdul Ghani
KUALA LUMPUR,28 Februari- Malaysia memiliki potensi besar untuk menerokai komoditi pokok gaharu berikutan bidang itu dilihat mempunyai nilai tinggi selain menyumbang dalam sektor ekonomi negara.
Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata,pokok gaharu mempunyai nilai tinggi dengan pasaran global yang dianggarkan bernilai lebih AS$1 bilion.
"Saya akan kenal pasti mana-mana pemain yang menanam pokok-pokok gaharu ini untuk memperoleh maklumat pengeluaran kemudian dimaklumkan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) supaya kita boleh bantu untuk dapatkan pakar-pakar dalam mendapatkan pulangan tinggi dalam industri ini.
"Ia berpotensi besar disebabkan kebanyakan jenama minyak wangi antarabangsa menggunakan gaharu sebagai salah satu campuran untuk dalam minyak wangi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pemberita selepas Majlis Pelancaran Buku Agarwood: Diamond of The Forest di ibu negara.
Permintaan gaharu semakin meningkat,terutamanya dalam industri minyak wangi susulan banyak jenama antarabangsa mula memasarkan produk minyak wangi premium berasaskan pokok gaharu.
Selain itu,pokok gaharu juga digunakan dalam industri farmaseutikal,khususnya melalui produk-produk yang mempunyai khasiat perubatan.
Perkembangan itu membuktikan bahawa penggunaan pokok gaharu semakin meluas dalam penyelidikan dan perniagaan serta mempunyai potensi besar dalam penghasilan produk bernilai tinggi pada masa depan.
Beliau juga menekankan bahawa amalan penanaman dan pengurusan mampan harus diutamakan,termasuk penanaman pokok gaharu di ladang komersial sebagai alternatif kepada penuaian gaharu liar dari hutan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur