2025-02-28 HaiPress

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis / Foto Hiasan
KANGAR,28 Februari – Kerajaan Negeri Perlis mengumumkan jadual waktu kerja anjal bagi semua kakitangan awam negeri sepanjang bulan Ramadan,berkuat kuasa Isnin hingga Khamis,manakala pada hari Jumaat,waktu bekerja akan dipendekkan kepada separuh hari.
Menteri Besar Perlis,Mohd Shukri Ramli berkata pelaksanaan jadual baharu itu bertujuan memberi ruang kepada kakitangan awam untuk lebih menghayati Ramadan serta meluangkan masa bersama keluarga.
"Pada bulan Ramadan,tiada waktu rehat tengah hari,jadi kita terus bekerja dan boleh pulang lebih awal. Manakala bagi hari Jumaat,masa kerja pada hari-hari lain akan ditambah,contohnya 15 minit sehari,bagi menampung waktu kerja yang dipendekkan. Oleh itu,pada hari Jumaat,semua kakitangan boleh pulang awal pada pukul 12.30 tengah hari," katanya kepada pemberita,di sini.
Menurut Mohd Shukri,waktu kerja anjal tersebut tidak akan menjejaskan produktiviti,khususnya bagi agensi yang menyediakan perkhidmatan kaunter kepada orang ramai.
Bagi agensi kerajaan Persekutuan di negeri itu,keputusan untuk mengguna pakai jadual waktu anjal bergantung kepada ketua jabatan masing-masing.
Tambah Mohd Shukri,waktu kerja anjal tersebut terpakai kepada semua kakitangan awam tanpa mengira agama,bagi mengimarahkan bulan Ramadan.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur