2025-02-28 HaiPress

Foto RTM
GEORGETOWN,28 Februari-Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang akan meningkatkan pemantauan secara berterusan sepanjang bulan Ramadan bagi memastikan tiada kenaikan harga barangan yang melampau,khususnya barangan kawalan.
Pengarahnya,S. Jegan,berkata masyarakat perlu memainkan peranan sebagai ‘mata’ dan ‘telinga’ kepada KPDN dalam memastikan pemantauan harga dapat dilakukan secara lebih menyeluruh,termasuk membendung kenaikan harga di bazar Ramadan.
"Kebiasaannya,menjelang bulan Ramadan,kita akan meningkatkan pemantauan berbanding bulan biasa.
"Kita menggerakkan lebih 180 pegawai penguat kuasa dan turut menempatkan 70 pegawai pemantau harga di seluruh Pulau Pinang untuk memastikan pematuhan harga terkawal," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu Bicara Prisma di Konti Mutiarafm,di sini.
Beliau turut menyeru rakyat agar menyalurkan aduan sekiranya berlaku sebarang pelanggaran harga atau salah laku peniaga.
"Pihak KPDN akan mengambil tindakan dalam tempoh tiga hari sekiranya aduan yang diterima berasas," tambahnya.
Dalam usaha membantu rakyat menangani kos sara hidup yang semakin meningkat,dua Bazar Ramadan Rahmah (BRR) akan dilaksanakan di Pulau Pinang,masing-masing di bahagian Pulau dan Seberang Perai.
"Bazar Ramadan Rahmah (BRR) adalah inisiatif kerajaan untuk menawarkan makanan pada harga serendah RM5,bagi membantu rakyat mengurangkan kos perbelanjaan sepanjang bulan Ramadan," jelasnya.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur