2025-02-28 IDOPRESS

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim
JERLUN,27 Februari- Projek Skim Smart Sawah Berskala Besar Asnaf (Smart SBBA) yang dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) boleh dijadikan panduan dalam memperkasa dan memantapkan sistem pengurusan padi di negara ini.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kejayaan projek tersebut turut diungkapkan oleh Sultan Kedah,Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah ketika beliau menghadap baginda di Istana Anak Bukit,Alor Setar,hari ini.
"Malah di Kedah,projek zakat ini dilaksanakan di Yan,bukan di Sik. Tuanku (Sultan Kedah) tadi pun menyebut bahawa baginda berbangga dengan projek yang dilaksanakan di Yan.
"Kita boleh melihat apa yang dibuat oleh zakat,apa yang lain dan apa keistimewaannya. Jadi,kita boleh belajar dan mudah-mudahan Allah memberi kekuatan kepada kita," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Peluncuran Projek Pembangunan Infrastruktur bagi Menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun di Kawasan Muda Fasa 1,Kampung Pida 4 di sini hari ini.
LZNK telah melaksanakan inisiatif Smart SBBA atas tanah seluas 201.7 hektar melibatkan daerah Yan,Kuala Muda,Kubang Pasu dan Kota Setar. Projek itu diusahakan oleh peserta terpilih dalam kalangan asnaf fakir dan miskin setempat.
Peserta Smart SBBA mengendalikan sendiri keseluruhan proses pertanian,bermula daripada pembenihan,penanaman,membajak sehingga ke peringkat akhir.
Selain itu,LZNK turut mengusahakan tapak semaian padi benih sendiri bagi mengurangkan kos petani di bawah program ini.
Melalui inisiatif ini,peserta Smart SBBA tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada padi benih yang dijual di pasaran,sekali gus dapat menjimatkan kos dan menghasilkan padi berkualiti tinggi.
BERITA BERKAITAN
PM sembah maklum pembangunan negara,Kedah kepada Sultan Sallehuddin
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur