2025-02-28 IDOPRESS

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
KUALA LUMPUR,28 Februari- Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi cadangan agar kenaikan elaun hingga RM2,000 untuk pasukan khas agensi-agensi keselamatan negara dibuat berdasarkan tempoh perkhidmatan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara itu mengambil kira tahap risiko penugasan serta kepakaran yang dimiliki setiap pasukan.
"Sekarang diangkat cadangan kadar baharu 1 hingga 5 tahun perkhidmatan RM1,200,6 hingga 11 tahun perkhidmatan RM1,500 dan 12 tahun ke atas RM2,000.
"Cadangan ini bertujuan untuk iktiraf sumbangan dan komitmen operatif pasukan khas dala memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Majlis Sambutan Jubli Emas Unit Tindak Khas PDRM ke-50 di ibu negara.
Majlis itu turut dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain; Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri serta Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Azmi Abu Kassim.
Cadangan kenaikan elaun berkenaan dibincangkan bersama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM),Angkatan Tentera Malaysia (ATM),serta Angkatan Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Pada majlis sama,beliau turut menyentuh aspek penambahbaikan dan keupayaan logisitk setiap agensi keselamatan bagi mendepani cabaran semasa.
Perkara itu termasuk meneliti semula setiap peralatan dan kemudahan sedia ada bagi menampung keperluan operasi yang semakin mencabar.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur