2025-02-28 IDOPRESS

Foto Fail
KUALA TERENGGANU,28 Februari - Kru kapal yang dilaporkan terjatuh ke dalam muara Sungai Terengganu ketika melakukan kerja pembersihan ditemukan lemas berhampiran Masjid Kristal di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mayat Ahmat Nasaruddin Muhamad,35,dijumpai pekerja restoran sekitar 9.34 malam,kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam menerusi sistem MERS 999.
"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat. Proses pengecaman telah dilakukan oleh bapa dan isteri mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama,hari ini.
Sementara itu,kakak mangsa Siti Zarina Muhammad,42,berkata walaupun sedih,dia dan keluarga lega kerana mayat adik lelaki bongsunya itu telah ditemukan.
Siti Zarina berkata mayat mangsa ditemukan dalam keadaan sempurna dengan hanya kesan luka kecil di kepala dipercayai kesan terhantuk pada objek keras ketika terjatuh.
"Arwah meninggalkan seorang balu yang sedang mengandung lapan bulan dan empat anak perempuan berusia empat hingga 10 tahun," katanya.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur