2025-02-28 IDOPRESS

Yang Dipertua Dewan Negeri Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid
IPOH,28 Februari - Notis kekosongan luar jangka kerusi Ahli Dewan Negeri Kawasan N.48 Ayer Kuning diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak hari ini.
Serahan dibuat Yang Dipertua Dewan Negeri Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid kepada Pengerusi SPR Negeri Mohd Nazri Ismail di Bangunan Perak Darul Ridzuan,di sini.
Terdahulu,pejabat Yang Di Pertua Dewan Negeri menerima pemakluman rasmi mengenai kekosongan kerusi tersebut daripada Pengerusi Barisan Nasional Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.
"Pada ketika ini persidangan DUN negeri Perak dijangkakan dirasmikan pada pertengahan bulan April. Itulah keadaannya,sebab itu kita sudah maklumkan. Kita percaya SPR juga akan mengambil kira perkara tersebut," kata Zahir dalam sidag media,di sini.
Mengikut Perkara 36(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan,kekosongan luar jangka ini perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan oleh SPR kekosongan itu berlaku.
Kerusi DUN Ayer Kuning kosong berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Ishsam Shahruddin pada Sabtu lalu akibat serangan jantung.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur