2025-02-28 IDOPRESS

Mohammad Kasim,61,menerima sumbangan wang tunai yang disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi
KUALA LUMPUR,28 Februari- Golongan nelayan di Pahang yang terjejas pendapatan kerana sudah berbulan-bulan tidak dapat mencari rezeki akibat keadaan laut bergelora terusmendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tidak terkecuali seorang warga emas yang terkesan berikutan keadaan ituMohammad Kasim,61 tahundi Kampung Baru Cherating,Kuantan.
Menerusi hantaran di Facebook Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang dikongsi Anwar,seorang nelayan Mohammad Kasim menerima sumbangan wang tunai yang disampaikan oleh Ahmad Farhan di rumahnya baru-baru ini.
"Laut yang dulu menjadi punca rezekinya kini seakan menutup peluang,menyebabkan pendapatannya merosot teruk," menurut hantaran itu.
Ahmad Farhan turut memaklumkan pihaknya dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Pahang akan membantu membaik pulih kediaman untuk keselesaan keluarga terjejas.
Beliau juga menziarahi seorang nelayan gigih dari Kampung Darat Sungai Ular Supian Saman bersempena dengan Ziarah MADANI.
"Hidup sebagai nelayan bukan mudah,apatah lagi bila laut bergelora. Saya turut dimaklumkan sudah empat hingga lima bulan mereka tidak dapat turun ke laut kerana ombak kuat,menyebabkan pendapatan seharian terjejas teruk," katanya lagi.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur