2025-02-28 IDOPRESS

Teo Nie Ching/ BERNAMA
KULAI,28 Februari- Kementerian Komunikasi memandang serius kewujudan akaun media sosial palsu yang semakin berleluasa di negara ini khususnya melibatkan tokoh terkenal untuk menarik masyarakat menyertai sindiket penipuan dalam talian.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata,meskipun pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberikan pautan URL kepada penyedia platform media sosial Meta untuk tindakan menurunkan akaun palsu berkenaan namun perkara tersebut masih belum mampu mengekang perkara tersebut.
"Sebenarnya ini merupakan satu cabaran besar buat kementerian dan MCMC dalam menangani perkara ini khususnya mengekang akaun palsu yang diwujudkan untuk agenda tertentu.
"Kita nampak bahawa trend ini sangat tak sihat kerana sekarang bukan sahaja Yang di-Pertuan Agong sahaja terkena tetapi juga melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Future Health 4 All di Dewan Raya Putra Kulai di sini.
Dalam pada itu kementerian juga kecewa berikutan tiada tindakan daripada Meta dalam mengekang kewujudan akaun palsu yang akhirnya menjerat masyarakat.
Selain itu saringan iklan di platform Meta perlu ditingkatkanuntuk mengelakkan kejadian tersebut daripada berulang.
"Jadi kementerian dan MCMC tidak gembira dengan perkara ini kerana kebanyakan kandungan yang saya sebut tadi adalah hantaran berbentuk tajaan di platform berkenaan.
"Maksudnya penipu membayar Meta untuk memperbanyak hantaran kandungan tersebut kepada pengguna-pengguna lain khasnya mereka yang berada di Malaysia," katanya.
Teo juga menggesa rakyat negara ini menggunakan AIFA atau 'Artificial Intelligence Fact-check Assistant' yang diterajui MCMC untuk mengesahkan maklumat secara dalam talian.
Aplikasi itu,antara pendekatan MCMC untuk membina dan mencorakkan pemikiran masyarakat supaya menyemak setiap berita atau fakta yang diterima,terutamanya di platform dalam talian sekali gus mengurangkan impak buruk daripada maklumat palsu yang tersebar.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur