2025-03-03 HaiPress

Pemilik Kopi Peng Studio,Mohd Hafizal Idris / Foto RTM
JENIANG,2 Mac – Pelaksanaan gaji minimum baharu sebanyak RM1,700 tidak membebankan majikan,malah mampu melahirkan pekerja yang lebih komited dan bertanggungjawab.
Perkara itu disahkan oleh pemilik Kopi Peng Studio,Mohd Hafizal Idris,yang menyambut baik langkah kerajaan dalam menguatkuasakan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu.
“Gaji minimum RM1,700 ini kami sambut baik. Maknanya,kami terus laksanakan. Sebelum ini RM1,500 pun kami ikut. Selain itu,pekerja juga mempunyai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PERKESO,” katanya ketika ditemui RTM.
Mohd Hafizal turut menegaskan bahawa sebagai majikan,beliau bukan sahaja memastikan kebajikan pekerja,tetapi juga membantu mereka meningkatkan kemahiran yang boleh digunakan untuk menjadi usahawan pada masa hadapan.
Sementara itu,Nurhasyifa Abdul Rahman,yang telah bekerja sebagai pembuat kopi di Kopi Peng Studio sejak setahun lalu,menyatakan bahawa kenaikan gaji minimum membantu menampung perbelanjaan harian keluarganya.
“Alhamdulillah,dari RM1,500 naik ke RM1,700 memang banyak membantu dalam perbelanjaan keluarga,selain menambah pengalaman bekerja di sini,” katanya.
Rakan sekerjanya,Mohd Faris Fadhil,turut menegaskan bahawa kenaikan gaji minimum memberi kesan positif kepada kos sara hidupnya.
“Dengan kos hidup yang semakin meningkat,kenaikan gaji minimum ini memang sangat membantu saya mengurangkan beban perbelanjaan harian,” katanya.
Sebelum ini,kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan,berkuat kuasa pada Februari lalu.
Bagaimanapun,Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa majikan dengan kurang daripada lima pekerja diberi tempoh penangguhan selama enam bulan,dengan pelaksanaan hanya bermula pada 1 Ogos 2025.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur