2025-03-03 HaiPress

Dua kenderaan bertembung di Kilometer 86,Jalan Kota Tinggi-Kluang
KLUANG,2 Mac- Seorang penumpang kereta maut,manakala empat lagi cedera,dalam nahas jalan raya di Kilometer 86,Jalan Kota Tinggi-Kluang,pada pukul 7.00 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kluang Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Bahrin Mohd Noh berkata,kemalangan itu melibatkan dua buah kereta,yang bertembung antara satu sama lain,ekoran hilang kawalan.
"Susulan pelanggaran,seorang penumpang daripada salah sebuah kereta terlibat,telah cedera parah di muka dan kepala.
"Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom,Kluang," kata Bahrin.
Manakala,pemandu dan dua penumpang dalam kereta sama,mengalami kecederaan ringan di muka,dada,badan dan kaki.
Sementara itu seorang lagi pemandu kereta berasingan,yang merupakan jururawat berusia 39 tahun,turut parah di muka dan badan.
Kesemuanya sedang menerima rawatan di hospital sama,dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur