2025-03-03 HaiPress

Bom dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua ditemui di tapak pembinaan di Kinarut/Foto orang awam
PAPAR,2 Mac - Bom kedua yang ditemui di tapak pembinaan berhampiran Lok Kawi Plastic Industries,Kinarut dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua berjaya dimusnahkan hari ini.
Ketua Polis Daerah Papar Supt Kamaruddin Ambo Sakka berkata bahan letupan jenis Unexploded Ordnance (UXO) yang masih aktif itu dimusnahkan dengan tiga kali letupan secara berperingkat bermula 11.55 pagi hingga 1.25 tengah hari.
“Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang operasi kerja-kerja letupan dilakukan. Sebelum pemusnahan bom dijalankan,pihak polis memaklumkan kepada pelbagai agensi terlibat termasuk Jabatan Alam Sekitar.
“Selepas selesai kerja meletupkan bom,pasukan Ketua Polis Balai Kinarut bergerak mendapatkan maklumat dari kawasan sekitar untuk mengenal pasti sama ada pihak terkesan akibat letupan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata aktiviti itu juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di bawah jawatankuasa perancangan operasi dan pengurusan risiko bencana letupan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Pada 27 Feb lepas,sebutir bom lama sepanjang 120 sentimeter dengan berat 250 kilogram ditemukan oleh pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan pembinaan itu pada pukul 1.30 tengah hari sebelum bom itu dimusnahkan. - BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur