2025-03-03 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,1 Mac- Setimen pasaran yang kekal berhati-hati mengenai dasar tarif Amerika Syarikat (AS) dijangka terus mempengaruhi ringgit untuk diniagakan dalam julat RM4.45 hingga RM4.47 berbanding dolar AS minggu depan.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata berikutan itu,data ekonomi utama AS yang akan diumumkan pada Jumaat depan,termasuk indeks ISM untuk sektor pembuatan dan bukan pembuatan serta laporan Gaji Bukan Perladangan (NFP) akan terus menjadi tumpuan.
Jangkaan awal konsensus meletakkan NFP pada 133,000 untuk Februari,susut daripada 143,000 pada bulan sebelumnya manakala kadar pengangguran kekal stabil pada 4.0 peratus.
"Rngkasnya,data ekonomi AS kekal berdaya tahan,sekali gus tidak mempengaruhi Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk mengubah pendirian mengenai dasar monetari semasa yang akan hanya menyaksikan dolar AS diniagakan tinggi," katanya kepada Bernama.
Bagi urus niaga minggu ini,ringgit diasak oleh kegusaran berkaitan perang perdagangan yang meruncing dan menjejaskan sentimen pasaran.
Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.
Ini termasuk rendah berbanding pound Britain kepada 5.6174/6237 daripada 5.5851/5895,susut berbanding yen Jepun kepada 2.9682/9717 daripada 2.9346/9371 pada minggu lepas dan turun berbanding euro kepada 4.6362/6414 daripada 4.6236/6273.
Ringgit bagaimanapun diniagakan bercampur-campur berbanding kebanyakan mata wang ASEAN.
Berbanding rupiah Indonesia,ringgit mengukuh kepada 268.7/269.1 daripada 270.7/271.0 dan naik berbanding baht Thailand kepada 13.0455/0670 daripada 13.1354/1528.
Namun,ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3069/3108 daripada 3.3021/3049 dan rendah berbanding peso Filipina kepada 7.69/7.70 daripada 7.62/7.63. -BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur