2025-03-03 HaiPress

CIMB Group Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM7.73 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,1 Mac – CIMB Group Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM7.73 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024,meningkat daripada RM6.98 bilion yang direkodkan pada tahun sebelumnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB,Novan Amirudin berkata perolehan kumpulan turut meningkat kepada RM22.3 bilion,berbanding RM21.01 bilion sebelum ini.
Menurutnya,prestasi kukuh itu didorong oleh disiplin kos yang terkawal,peningkatan kualiti aset,serta strategi kepelbagaian portfolio kumpulan.
“Kami sangat berpuas hati dengan prestasi pada 2024. Tahun lalu juga menandakan berakhirnya pelan strategik Forward23+,di mana kami berjaya mencipta nilai kepada pemegang saham dengan peningkatan harga saham sebanyak dua kali ganda serta pulangan tahunan keseluruhan hampir 35 peratus,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media keputusan kewangan CIMB bagi tahun kewangan 2024,di ibu negara.
Sementara itu,CIMB mengunjurkan pertumbuhan pinjaman meningkat antara 5 hingga 7 peratus tahun ini,dengan aktiviti pemberian pinjaman yang lebih kukuh di Malaysia dan Indonesia dijangka menjadi penyumbang utama kepada peningkatan tersebut.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur