2025-03-03 IDOPRESS

FOTO RTM
BAYAN LEPAS,2 Mac- Hasrat tujuh sekeluarga untuk bersahur bersama tidak kesampaian apabila tercedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan dan melanggar tiang elektrik di Lebuhraya Dr. Lim Chong Eu di sini,awal pagi tadi.
Menurut Pegawai Bomba Kanan I,Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak,Fauzian Izzuan Abdullah,seramai 16 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.00 pagi.
"Terdapat satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah MPV yang terbabas dengan tujuh individu dalamnya. Difahamkan,mereka sekeluarga dalam perjalanan untuk bersahur di kawasan Bayan Lepas," katanya.
Kemalangan itu menyebabkan tiga mangsa dewasa tersepit dalam kenderaan dan mengalami kecederaan di kepala serta perut,manakala seorang wanita patah kaki.
Sementara itu,empat kanak-kanak yang turut berada dalam kenderaan mengalami kecederaan ringan.
Pasukan bomba dari BBP Jalan Perak dan BBP Bayan Baru mengambil masa lebih setengah jam untuk mengeluarkan mangsa sebelum kesemua mereka dihantar ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur