2025-03-03 IDOPRESS

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,2 Mac- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan Op Pantau 2025 bermula hari ini hingga Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan pematuhan peniaga berdasarkan undang-undang yang dikuatkuasakan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali dalam satu kenyataan memaklumkan operasi itu dilaksanakan secara seragam dan berfokus di seluruh negara dengan lokasi tumpuan di bazar Ramadan,bazar Aidilfitri,pasar awam,pasar basah,pasar raya dan kedai runcit.
"Pemeriksaan bawah Op Pantau 2025 memfokuskan pemantauan ke atas beberapa perkara antaranya berkaitan bekalan dan harga barang,jualan murah,penggunaan alat timbangan,penjualan barang tiruan atau cetak rompak,perbahasaan halal dan penjualan barang keperluan Hari Raya Aidilfitri.
"KPDN juga akan mempertingkatkan keberadaan anggota penguat kuasa di lokasi yang menjadi tumpuan pengguna termasuklah melalui penggunaan van Skuad Tindakan Aduan dan Resolusi Pengguna (STAR),kereta peronda dan Unit Ronda Bermotosikal," menurut kenyataan itu.
Antara fokus utama pemantauan termasuk bekalan seperti gula,ayam,telur,minyak masak,tepung gandum,beras,dan bahan untuk kuih-muih,serta harga barangan basah dan makanan yang dijual di bazar Ramadan.
Pada masa sama KPDN juga akan memantau premis perniagaan yang menawarkan jualan murah bagi memastikan tiada manipulasi harga berlaku selain mengingatkanpeniaga untuk mematuhi harga yang ditetapkan bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) 2025.
Kementerian itu turut mengoptimumkan pengoperasian Pusat Arahan Penguat Kuasa yang beroperasi setiap hari pada pukul 8.00 pagi hingga 8.00 malam bagi memastikan tindakan susulan segera diambil terhadap sebarang aduan,maklumat dan pertanyaan pengguna.
Terdahulu,beliau melakukan tinjauan di Pasar Raya Giant Seri Kembangan dan pelaksanaan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di Pangsapuri Permai,Kuala Lumpur dan Pasar Raya Lotus's Kajang untuk memantau isu semasa berkait bekalan beberapa barangan di pasaran,selain melihat operasi PJRM di peringkat akar umbi.
"Saya telah mengarahkan Bahagian Penguat Kuasa KPDN supaya pemantauan lebih kerap dan bersasar dibuat di premis runcit seluruh negara dalam bulan Ramadan dan menjelangnya bulan Syawal," kata Armizan.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur