2025-03-03 IDOPRESS

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,3 Mac- Strategi untuk membantu orang kurang upaya (OKU) mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen,soalan itu diajukan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) kepada Menteri Sumber Manusia pada sesi soal jawab memandangkan masih kurang kesedaran,kesediaan dan keyakinan majikan untuk mengambil pekerja OKU selain ketiadaan aksesibiliti di tempat kerja menyukarkan OKU untuk diterima bekerja.
Selain itu,Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terengganu) meminta Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri menyatakan langkah strategik untuk mengintegrasikan industri bahan mentah dengan sektor pemprosesan dan pembuatan,selaras usaha memperkukuhkan dan memajukan industri semikonduktor sebagai satu daripada teras utama ekonomi berteknologi tinggi negara.
Isu jalan raya turut mendapat perhatian apabila Datuk Wetrom Bahanda (KDM-Kota Marudu) meminta Menteri Kerja Raya menyatakan tindakan untuk memperbaiki jalan-jalan Persekutuan yang tidak selamat akibat kerosakan dan berlubang.
Turut bertanyakan soalan Hassan Saad (PN-Baling) yang minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan status terkini analisis data daripada Banci Pertanian 2024 dan bagaimana hasil bancian ini akan digunakan untuk meningkatkan keterjaminan makanan negara serta membangunkan Pangkalan Data Statistik Pertanian Bersepadu (MySAgR).
Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) pula meminta Menteri Kesihatan menyatakan jumlah jururawat yang telah berhenti daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan alasannya serta jumlah diperlukan di semua fasiliti kesihatan lama dan baharu.
Selepas sesi soal jawab selesai,persidangan Dewan Rakyat hari ini diteruskan dengan pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2024) 2025 untuk bacaan kali kedua oleh Menteri Kewangan dan diikuti pembentangan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2025.
Sementara itu,Persidangan Dewan Negara juga bermula hari ini hingga 25 Mac.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur