2025-03-04 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,4 Mac- Kadar caruman sebanyak dua peratus terhadap pekerja asing dilihat sebagai langkah mempertahankan kepentingan pekerja tempatan.
Ia sekali gus bagi menjamin sistem pekerjaan yang lebih tersusun dan adil.
Tegas Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,adalah tidak munasabah bagi negara terus bergantung kepada tenaga kerja asing.
"Jadi,jika terpaksa mengambil mereka (pekerja asing),biarlah dikenakan kaedah,sistem,dan peraturan yang sama seperti pekerja tempatan,termasuk caruman,walaupun pada kadar minimum dan tidak membebankan.
"Caruman ini akan menentukan rekod serta menjadi tarikan,supaya apabila mereka pulang,mereka sedar bahawa ada wang simpanan.
"Namun,jika mereka tidak mendaftar dan pergi secara berasingan,mereka tidak akan dapat mengeluarkan simpanan tersebut.
"Ini kerana syarat pengeluaran simpanan hanya diberikan dengan rekod bahawa mereka akan meninggalkan negara ini," katanya di Dewan Rakyat di sini.
Penyataan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Tampin,Datuk Mohd Isam Mohd Isa.
Dalam pada itu,Anwar berkata pelaburan domestik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 2024 meningkat 11 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Anwar memaklumkan,KWSP merekodkan RM782 bilion jumlah pelaburan di pasaran domestik setakat Disember 2024.
"Penghargaan kepada pengurusan KWSP sendiri kerana prestasi mereka dan ketelusan serta kecekapan yang menyebabkan kita mencatat rekod yang lebih baik.
"Setakat Disember 2024,63 peratus jumlah pelaburan KWSP adalah pasaran domestik iaitu RM782 bilion. Pertumbuhan ini 11 peratus ketimbang (berbanding) 2023.
"Pencapaian dividen ini juga kerana keyakinan pelaburan kepada dasar Ekonomi MADANI. Kita capai 51 peratus yang lebih tiggi daripada unjuran tahun sebelumnya," katanya ketikamenjawab penyataan Ahli Parlimen Miri,Chiew Choon Man.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur