2025-03-04 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,4 Mac- Keperluan pindaan Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 1994 [Akta 521] serta perundangan lain yang berkaitan akan terus dikaji dari semasa ke semasa,bagi memastikan kawalan dan tindakan perundangan ditambah baik.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad menjelaskan,hal itu dipertimbangkan mengambil kira trend peningkatan kes seumpamanya.
Berdasarkan statistik kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM),pada tahun 2024 sebanyak 7,116 kes dilaporkan,berbanding pada 2022 (6,540 kes) dan 5,507 kes pada 2023.
"Pada masa ini,KPWKM meletakkan fokus utama pengurusan keskeganasan rumah tangga pada kerjasama strategik bersama agensi-agensi kerajaan serta pelbagai NGO melalui penubuhan Jawatankuasa Menangani Keganasan Rumah Tangga (JKRT).
JKRT memainkan peranan untuk menyelaras serta memantau isu dan inisiatif berkaitan keganasan rumah tangga secara holistik dan menyeluruh. Ia meliputi inisiatif merangkumi analisa ke atas data kes keganasan rumah tangga,aspek advokasi,bantuan perlindungan,khidmat sokongan dan pengupayaan diri," kata Dr. Noraini di Parlimen,hari ini.
Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Port Dickson,Datuk Seri Utama Aminuddin Harun.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur