2025-03-04 HaiPress

Saifuddin Nasution Ismai/ Foto RTM
KUALA LUMPUR,4 Mac- Hampir 800,000 rakyat Malaysia memuat turun aplikasi MyBorderPass,sejak dilancar pada 1 Januari lalu,kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Selain terbukti melancarkan proses keluar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan 2,sistem yang menggunakan fasiliti autogate itu turut mempertingkat keselamatan dan ketelusan di pintu masuk negara.
"Sebab sistem ini datang dengan aplikasi kecerdasan buatan,iaitu tahap penggunaan teknologi pengecaman wajah,dan juga pengesanan anak mata selain daripada biometrik,yang bermaksud tidak ada lagi pegawai yang perlu menunggu di situ.
"Jadi,isu kaunter fizikal dengan sendirinya akan dapat kita atasi,kerana tiada lagi keperluan untuk pegawai bertugas di situ.
"Sekarang pun,kita menggunakan lebih kurang 172 pegawai pada satu-satu masa.
"Tetapi apabila pemasangan sistem ini selesai sepenuhnya,hanya 68 pegawai sahaja diperlukan,dan kita akan melihat pengurangan hampir 60 peratus," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Penyataan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Bharu,Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Pelaksanaan sistem berkenaan akan dipertingkat susulan peranan negara sebagai Pengerusi Persidangan ASEAN yang akan mengemudi hampir 400 mesyuarat melibatkan ketua-ketua negara.
Langkah itu juga sebagai persediaan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 yang menuntut sistem imigresen yang lebih cekap.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur